MALAYSIA
Tergerak untuk bantu selepas lihat perkongsian di media sosial
Kiri, antara pesanan makanan yang dibuat Siti Rokiah. Gambar kecil: Siti Rokiah, Noor Hidayu, Wan Safida, Marina. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menghantar mesej peribadi (DM) kepada pengguna TikTok Indonesia menjadi antara cara unik rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan susulan demonstrasi besar-besaran di Jakarta bermula minggu lalu.
Siti Rokiah Mohamed Ariffin, 43, yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat berkata, idea tersebut tercetus selepas melihat perkongsian warga net di TikTok mengenai cara membantu mangsa terkesan melalui aplikasi penghantaran makanan.
“Saya DM pengguna TikTok di Indonesia sebab tidak tahu cara nak pin lokasi di sana. Dia cadangkan memesan nasi goreng sebab murah dan boleh dimakan ramai orang. Jadi saya tempah 10 bungkus di Makassar, daerah Rappocini.
“Saya membuat bayaran sekitar 200,000 rupiah (RM52). Jumlah itu tidaklah besar mana tetapi cukup bermakna buat penerima. Kalau kira sebungkus, lebih kurang RM5 sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Seorang lagi rakyat Malaysia, Noor Hidayu Azman, 36, turut terpanggil untuk melakukan perkara sama selepas melihat video tutorial di media sosial.
“Saya cuba membuat pesanan sebab niat nak bersedekah. Saya terbayang mereka hendak makan atau susah untuk mendapat bekalan.
“Kita buat kerana ikhlas bukan kerana jumlahnya besar atau kecil,” katanya sambil menambah pengalaman itu membuka mata tentang nilai solidariti serumpun.
Bagi Wan Safida Safuan, 41, dari Negeri Sembilan, membantu rakyat Indonesia juga merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai umat Islam terhadap saudara serumpun.
“Ramai rakyat Malaysia sudah melakukan menggunakan cara ini susulan demonstrasi besar-besaran di sana. Jadi, saya mahu turut menolong dengan memesan nasi ayam penyet untuk mereka di salah satu daerah di Kota Jakarta,” katanya yang bekerja sendiri.
Turut tidak terkecuali, Pengerusi Eksekutif Richard’s Prestige Lighting & Design, Datuk Marina Hashim yang mengambil peluang sama dengan membuat tempahan makanan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
“Saya membuat tempahan di sebuah restoran sebelum menghantar mesej personal kepada rider berkenaan. Saya memintanya memberikan kepada sahaja yang memerlukan di sana (Indonesia).
“Di Malaysia memang kita sudah biasa hulur bantuan makanan dan tidak ada masalah untuk melakukan perkara sama melalui teknologi sedia ada,” katanya. - Sinar Harian