[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Terima kasih! 1 juta turun Himpunan 812 - Tun Dr Mahathir

Astro Awani 08/12/2018 | 06:38 MYT
Dr Mahathir berkata beliau bersyukur dengan keputusan baik yang telah dibuatnya. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir ke himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD.
"Perhimpunan hari ini telah dihadiri oleh satu juta orang dan saya ucap terima kasih kepada mereka kerana mereka berkumpul untuk kesyukuran.
"Satu juta orang, terima kasihlah," katanya sambil tersenyum sinis dan menambah beliau telah bersyukur dengan keputusan baik yang dibuatnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada Sabtu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Amanah #Bersatu #DAP #Dr Mahathir Mohamad #Himpunan 812 #ICERD #Kuala Lumpur #Malaysia #Pakatan Harapan #PKR