awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa MADANI UMK bantu mahasiswa tangani kos sara hidup
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
12/05/2022
10:28 MYT
Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jasa dan pengorbanan jururawat kepada Keluarga Malaysia amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jasa dan pengorbanan jururawat kepada Keluarga Malaysia amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia, Perdana Menteri berkata, jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini. Jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat saya sanjungi," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Catatan itu turut disertakan dengan poster Selamat Hari Jururawat Sedunia yang memuatkan ucapan syabas dan terima kasih Perdana Menteri kepada jururawat atas perkhidmatan kesihatan dan jasa kepada masyarakat.
"Anda semua wira dan wirawati kami," kata Ismail Sabri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Jururawat Sedunia
#jururawat
#barisan hadapan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan