NATIONAL
'Terima kasih kerana membanggakan kami, Tan Sri Zeti'
Zeti bukan sahaja menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, malah menjadi inspirasi kepada anak muda.
Setiap permulaan, pasti akan ada pengakhirannya.
Hari ini, tanggal 29 April, menjadi hari terakhir Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mencurahkan khidmat baktinya.
Pastinya kecemerlangan yang dicatatkan beliau akan menjadi legasi yang akan terus dikenang seluruh rakyat Malaysia.
Netizen membanjiri akaun Facebook rasmi Bank Negara untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Zeti.
Zeti disifatkan ramai sebagai berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan cukup baik, malah menjadi inspirasi buat kaum wanita secara khususnya.
Twitter juga turut dibanjiri dengan ucapan yang sama, malah ramai juga menggunakan hashtag #zetiaziz untuk menyampaikan rasa terharu dan ucapan selamat tinggal.
Tan Sri Zeti memulakan tugasnya sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 2000, dan tempatnya bakal digantikan oleh Datuk Muhammad Ibrahim.
BACA: Yang Di-Pertuan Agong perkenan hanya satu nama untuk Gabenor Bank Negara - Istana Negara
INFOGRAFIK: Biodata Gabenor Baru Bank Negara Malaysia