MALAYSIA
'Terima kasih kerana mengheret kami' - Zahid
'Sokongan moral untuk DS (Datuk Seri) Najib pagi ini. Tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak mematah semangat terus istiqamah dalam perjuangan.' - Foto Twitter DS Ahmad Zahid Hamidi
Pertuduhan demi pertuduhan, tekanan demi tekanan diterima Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah mematahkan semangat beliau.
Dalam post terbaharunya di Twitter, Ahmad Zahid berkata beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus istiqamah dalam perjuangan di sebalik tekanan bertubi-tubi terhadap mereka.
Menurutnya, tindakan ‘pembunuhan keterlaluan’ sebegitu amat menguntungkan tertuduh.
“Sokongan moral untuk DS (Datuk Seri) Najib pagi ini. Tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak mematah semangat terus istiqamah dalam perjuangan.
“Tindakan 'overkilled' yg dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah. Ianya amat untungkan yang tertuduh.
“Terima kasih kerana mengheret kami,” tulisnya ringkas, menggambarkan perasaannya.
Jumaat lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta.
Beliau juga didakwa dengan 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan hakim, Azura Alwi.
Hari ini, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dihadapkan di mahkamah sama atas enam tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM6,636,065,000 milik kerajaan Malaysia.

#1MDB
#Bagan Datuk
#IPIC
#kerajaan
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#Malaysia Baharu
#Mohd Irwan Serigar Abdullah
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Twitter
#UMNO
#Zahid Hamidi