"Terima Kasih," jawapan ringkas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sering membuat kenyataan provokatif atau troll terhadapnya.
Maszlee turut berharap Najib, yang kini aktif membuat kenyataan di media sosial seperti Facebook dan Twitter, bersama-sama membantu Kementerian Pendidikan berkempen di media sosial dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Membaca menjelang 2030.
Mengulas troll terbaru Najib di Facebooknya pada Khamis berkenaan lawatan kerja pertamanya ke Indonesia, Maszlee berkata beliau akan melakukan yang terbaik dalam menerajui kementerian yang pernah diterajui pemimpin itu.
"Saya masih baru bertatih dalam politik... saya tidak akan khianati negara dan rakyat," katanya.
Sebelum ini, Maszlee berkata kementerian itu menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan, ke arah Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.
Najib dilihat sering melakukan provokatif terhadap menteri-menteri kabinet Pakatan Harapan, termasuk kenyataan Maszlee sebelum ini, antaranya isu kasut hitam dan terbaru semalam yang menyindir kononnya Maszlee bersiar-siar ke Indonesia.
Maszlee yang dalam lawatan kerja padat ke Indonesia sejak Khamis, turut bertemu rakan sejawatannya Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy pada Jumaat, yang antaranya telah sepakat meningkatkan lagi kerjasama memantapkan institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.
Antaranya, merancang melaksanakan konsep penubuhan universiti atau kampus satelit serta pembinaan cawangan universiti awam Malaysia di Indonesia, negara yang mempunyai penduduk lebih 260 juta orang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
Maszlee pernah menyebut kementerian itu menjadikan tempoh masa 10 tahun - dari 2021 hingga 2030 - sebagai Dekad Membaca Kebangsaan, ke arah Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.