awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih PM kerana prihatin bantu selesaikan masalah kami - Pemimpin MIC

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
04/02/2015
13:33 MYT
Terima kasih PM kerana prihatin bantu selesaikan masalah kami - Pemimpin MIC
SARAVANAN: Beliau (Najib) berkata pemilihan semula parti perlu diadakan sebagai jalan penyelesaian. Terima kasih kerana keprihatinan dan mengambil serius tentang perkara ini . - Gambar fail
Beberapa pemimpin Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) hari ini meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keprihatinan beliau dalam menyelesaikan isu dalaman parti itu.
Naib Presidennya, Datuk M. Saravanan berkata Najib sememangnya mengambil berat dalam menyelesaikan isu parti komponennya.
“Beliau (Najib) berkata pemilihan semula parti perlu diadakan sebagai jalan penyelesaian. Terima kasih kerana keprihatinan dan mengambil serius tentang perkara ini.
“Saya tidak pasti jika semua posisi termasuk Majlis Tertinggi akan dipertandingkan semula, namun tidak kira apa yang berlaku kita ambil ini sebagai satu pengajaran. Yang penting sekarang kita mahu cari penyelesaian,” tambah Saravanan ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata butir-butir pemilihan semula parti akan diumumkan selepas surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malayia (RoS) diterima parti MIC.
Ditanya sekiranya beliau akan bertanding sekiranya RoS meminta semua posisi dipertandingkan, beliau berkata terpulang kepada sokongan anggota parti dan sekiranya beliau dapat membantu parti.
Sementara itu bekas Pengarah Strategi MIC, Datuk Seri S. Vell Paari turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan utama BN kerana meluangkan masa mereka untuk menyelesaikan isu ini.
“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana meluangkan masa mereka untuk menyelesaikan isu ini.”
Beliau berkata keputusan yang diumumkan Perdana Menteri hari ini adalah satu perkara yang baik.
“Ianya merupakan satu pengajaran yang baik untuk pemimpin yang akan datang,” kata Vell Paari.
Sementara itu, beliau berkata dua perkara utama yang seharusnya diberikan oleh MIC ketika ini adalah membina semula nama baik parti dan menyediakan parti untuk menghadapi untuk pilihan raya umum akan datang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#M.Saravanan
#MIC
#Najib Tun Razak
#ros
#S Vell Paari
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan