awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima rasuah RM18,000, tiga individu termasuk dua beradik ditahan

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2020
14:04 MYT
Terima rasuah RM18,000, tiga individu termasuk dua beradik ditahan
Menurut sumber, pegawai wanita berusia 37 tahun tersebut yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Selangor tersebut ditahan di Sungkai, Perak kira-kira pukul 11.45 pagi tadi. - Foto Reuters
Tiga individu termasuk dua beradik ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM18,000, pada Jumaat.
Menurut sumber, seorang pegawai wanita berusia 37 tahun yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan di Sungkai, Perak kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Manakala adiknya dan seorang lagi suspek yang masing-masing berusia 27 dan 43 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 5 petang selepas hadir memberi keterangan.
Menurut sumber lagi, siasatan awal mendapati kesemua suspek telah bersubahat meminta dan menerima wang suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan dan dorongan membantu untuk mendapatkan kontrak pembekalan di jabatan kerajaan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tambahnya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Malaysia
#Rasuah
#shah alam
#siasatan
#SPRM
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan