SHAH ALAM: Seorang bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Azli Adam, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan Mohamed Azli yang kini digantung tugas menjalani hukuman itu bermula hari ini dan akan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan jaminan ke atasnya dinaikkan kepada RM5,000 daripada RM3,500 sebelum ini.
Mengikut pertuduhan, Mohamed Azli didakwa sebagai Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, Semenyih menerima wang tunai RM300 daripada seorang individu berusia 43 tahun di balai tersebut pada 14 Mac 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman.
Seramai 18 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri memberi keterangan pada perbicaraan kes yang bermula pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Azli Adam, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. - Gambar hiasan

Banjir | Perkembangan banjir di Baling
Untuk perkembangan terkini situasi banjir di Baling, kita bersama wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

Banjir | 'Isytihar darurat bencana Tahap 1 atau 2’
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan darurat bencana tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada. Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

Banjir | 9 sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.
![[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah [TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976585/thumbnails/4194786321656994789199_640x360.jpg)
[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah
Sidang media oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon susulan penemuan dua mayat di lokasi kejadian bencana banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat dari anggota polis.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda
Seorang bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300.

Warga Bangladesh didenda RM10,000, rasuah pegawai polis
Hossain Md Shakib mengaku bersalah memberi rasuah RM150 kepada seorang inspektor polis, tahun lalu.

Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR
Seorang lelaki dipercayai ejen kegiatan pemerdagangan manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis.