awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima suapan: Tiga individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah perbadanan ditahan SPRM

Bernama
Bernama
07/04/2023
15:52 MYT
Terima suapan: Tiga individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah perbadanan ditahan SPRM
Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki berusia antara 39 hingga 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira 8 malam semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan.
PUTRAJAYA: Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah perbadanan berkaitan kerajaan adalah antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM600,000.
Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki berusia antara 39 hingga 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 8 malam semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan.
Sumber itu berkata suapan dipercayai diberikan bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender berkaitan kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal, yang merupakan sebahagian daripada projek berjumlah lebih RM15 juta untuk menaik taraf sebuah bangunan ibu pejabat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Menurut sumber itu, ketua pegawai eksekutif itu dipercayai menerima suapan berjumlah kira-kira RM600,000 daripada sebuah syarikat melalui dua lagi lelaki sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan projek kerja-kerja menaiktaraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan berkenaan.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata ketiga-tiga lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM itu, kesemua mereka kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 April selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pegawai Eksekutif
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#terima suapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan