awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2023
13:41 MYT
Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat - PM  Anwar
Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus memastikan keselamatan dan keamanan rakyat diberikan keutamaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Negara dapat beralih daripada masalah remeh yang tiada kesudahan sekiranya semua pihak menumpukan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan ambang tahun baharu 2024 menegaskan, kerajaaan akan terus memastikan perpaduan rakyat diberikan keutamaan dengan dasar perlembagaan yang jelas.
“Sekiranya ini (perpaduan) dapat dapat dicapai, kita dapat beralih dari permasalahan titik bengik yang tiada kesudahan (misalnya) menyerahkan kepada tokoh politik untuk mempermainkan isu perkauman untuk meraih sokongan
“Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat," ujar beliau.
Justeru, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan bagi memastikan tumpuan kepada tindakan tegas dalam hal ekonomi dapat dilakukan
Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus memastikan keselamatan dan keamanan rakyat diberikan keutamaan.
“Maka dasar-dasar kita akan memastikan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan dasar perlembagaan yang jelas.Soal kedudukan peruntukan perlembagaan, soal Islam, soal bahaa Melayu, soal kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu itu tidak diganggu," tegasnya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan tahun baharu 2024 yang dikongsikan beliau di platform media sosialnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#perutusan tahun baharu
#2024
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan