awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjun sungai kerana panas

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2022
22:41 MYT
Terjun sungai kerana panas
Operasi mencari dan menyelamat 'mangsa' dilancarkan selepas lelaki itu dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Besut. -Astro AWANI
BESUT: Gara-gara tidak mampu menahan bahang panas, seorang lelaki nekad terjun dari Jambatan Sungai Besut.
Tindakan lelaki berusia 56 tahun itu menyebabkan dia terpaksa dibawa ke Hospital Besut untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit di bahagian badan akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata lelaki terbabit adalah mangsa yang dikatakan terjatuh dari jambatan sungai pada Rabu lalu.
BACA: Lelaki hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Besut
Menurut Azroy, pihaknya menerima laporan berkenaan keadaan lelaki itu apabila isterinya yang berusia 53 tahun bersama anaknya tampil membuat aduan di Balai Polis Jertih.
Isteri mangsa sebelum ini terlihat berita yang dipaparkan di media sosial dan mendapati waktu kejadian serta ciri-ciri pakaian mangsa adalah sama yang dipakai suaminya.
Susulan itu operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang ditamatkan serta-merta.
Kecoh | Terjun sungai kerana panas
Terdahulu, penduduk sekitar gempar apabila seorang lelaki dikatakan terjatuh dari Jambatan Sungai Besut pada Rabu.
Berdasarkan maklumat awal, saksi ternampak mangsa yang memakai baju berwarna kelabu dan berkain sarung berada di jambatan tersebut.
Ketika melepasi jambatan, saksi mendakwa tidak lagi ternampak kelibat mangsa melalui cermin sisi kenderaan dan mengesyaki mangsa terjun dari jambatan.
Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
Topic Berkaitan
#terjun sungai
#tak tahan panas
#Jambatan Sungai Besut
#Azrol Anuar Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan