KUCHING: Warga Sibu dinasihatkan untuk tidak terlalu risau dengan keselamatan mereka susulan kejadian dua lelaki melepaskan tembakan dan mencederakan tiga individu di bandar itu 1 Jan lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.
Beliau berkata polis sedang berusaha keras menyiasat kes itu termasuk mengesan dari mana datangnya senjata api yang digunakan.
"Tidak perlu risau, semua tindakan-tindakan yang padu (sedang dilakukan) untuk mengatasi perkara ini, keadaan keselamatan di Sibu dan juga di seluruh Sarawak masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes terbabit supaya tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, dua suspek bertopi keledar dikatakan tiba di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo, Sibu, menggunakan dua buah motosikal sebelum melepakan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan lelaki di premis itu sebelum melarikan diri.
Insiden itu telah menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian paha dan kaki kanan, manakala dua lagi rakannya masing-masing terkena tembakan pada bahagian-bahagian bahu kiri dan kanan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu juga diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mingat Bakil dengan menelefon 019-8867978 atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Mancha berkata polis sedang berusaha keras menyiasat kes itu termasuk mengesan dari mana datangnya senjata api yang digunakan. - Gambar fail/Bernama
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun terbabit dibuat di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Tembakan di KLIA: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
Farah Cie turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.
Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'
Kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ
Suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di KLIA1.