MALAYSIA
[TERKINI] 40 peratus hasil Sabah: Keputusan tak rayu tak ada kena mengena dengan PRN - PM
Kata Anwar, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang dan teliti menerusi beberapa siri mesyuarat. - Gambar fail/Bernama
BANGI: Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang dan teliti menerusi beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikannya sendiri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Bukan sebab PRN, sebaliknya merupakan hasil perbincangan mendalam yang telah diadakan berkali-kali di pelbagai lokasi, termasuk Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Khamis.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah dan akan memulakan rundingan segera bersama kerajaan negeri berkenaan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan berhubung pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, namun keputusan ini tidak berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.
- Keputusan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas proses pertimbangan yang teliti melalui beberapa siri mesyuarat di bawah pimpinan beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
- Anwar menegaskan bahawa keputusan itu bukan disebabkan oleh PRN, tetapi hasil daripada perbincangan mendalam yang berulang kali diadakan di pelbagai lokasi termasuk Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur.