MALAYSIA
[TERKINI] 6,000 rakyat Malaysia sudah dibawa pulang dari Hat Yai
Setakat ini baki rakyat Malaysia di sana yang sudah melaporkan diri kepada Wisma Putra adalah sekitar 1,500 orang dan angka tersebut mungkin akan berubah memandangkan talian telefon serta internet yang tidak stabil. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Sejumlah 6,000 rakyat malaysia yang terperangkap dalam banjir besar di Hat Yai, Thailand sudah berjaya dibawa pulang dalam operasi selama lima hari bermula 22 November sehingga ke hari ini.
Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri, Zamshari Shaharan berkata, setakat ini baki rakyat Malaysia di sana yang sudah melaporkan diri kepada Wisma Putra adalah sekitar 1,500 orang dan angka tersebut mungkin akan berubah memandangkan talian telefon serta internet yang tidak stabil.
''Baki rakyat kita yang masih di Hat Yai setakat 3.00 petang Khamis adalah 1,500 orang antara 80 hingga 90 peritus daripadanya dijangka dapat dikeluarkan hari ini dan operasi akan diteruskan sehingga kesemuanya dibawa keluar.
''Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa sentiasa berubah kerana mungkin ada lagi mangsa yang tidak dapat menghubungi bilik operasi atau mana-mana talian yang disediakan kementerian,'' katanya dalam taklimat media di Wisma Putra pada Jumaat.
Tambahnya, Wisma Putra juga memohon Kerjasama ahli keluarga yang tahu keberadaan saudara-mara mereka di Hat Yai untuk menyalurkan maklumat kepada Kedutaan Besar di Bangkok atau Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Dalam pada itu katanya, Wisma Putra juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa di Thailand yang banyak membantu dan memberi laluan mudah untuk pasukan sukarela dari Malaysia masuk ke Hat Yai bagi menjalankan misi menyelamat.
Ujarnya, enam pertubuhan bukan kerajaan serta 13 cawangan Pertubuhan Bomba Sukarela dari seluruh negara terlibat dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di bandar peranginan itu.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sharkawi berkata, operasi menyelamat dimulakan 7.30 pagi dan akan diteruskan selagi keadaan mengizinkan bagi memastikan lebih ramai mangsa dibawa keluar.
''Hari ini juga keadaan air semakin surut dan membolehkan pasukan menyelamat masuk ke lebih banyak kawasan dan kita yakin baki yang terperangkap boleh dibawa keluar hari ini.
Mereka yang dibawa keluar akan dikumpulkan disatu kawasan sebelum dibawa pulang menggunakan 10 hingga 11 bas yang disediakan,'' katanya dalam sidang video dari Songkhla.
Menurut Ahmad Fahmi, pasukan penyelamat yang terdiri daripada sukarelawan dari Malaysia berdepan beberapa kesukaran terutama untuk mendapatkan maklumat operasi menyelamat secara masa nyata kerana saluran komunikasi yang tidak stabil serta tidak biasa dengan geografi setempat.

#banjir Hat Yai
#Zamshari Shaharan
#Ahmad Fahmi Ahmad Sharkawi
#rakyat Malaysia terperangkap di Songkhla