MALAYSIA
[TERKINI] Agong titah pastikan keperluan mangsa banjir di PPS mencukupi
Seri Paduka Baginda turut menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas diberikan perlindungan dan ketabahan oleh Allah SWT sepanjang menghadapi musibah bencana alam itu. - Gambar/ FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar semua keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dipastikan mencukupi berikutan peningkatan jumlah penduduk yang dipindahkan di seluruh negara.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda menitahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya memastikan PPS berada dalam keadaan baik, selamat dan mampu menampung keperluan mangsa yang dipindahkan.
"Pastikan kemudahan asas, bekalan makanan serta perubatan tersedia dengan mencukupi.
"Rakyat juga diingatkan supaya mematuhi arahan pemindahan dan tidak mengambil risiko berada di kawasan berbahaya," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan dan pihak berkaitan yang sedang bertungkus lumus membantu rakyat di kawasan terjejas.
Seri Paduka Baginda turut menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas diberikan perlindungan dan ketabahan oleh Allah SWT sepanjang menghadapi musibah bencana alam itu.
-- BERNAMA