[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

[TERKINI] Albert Tei dibawa pulang semula ke rumah

Sinar Harian 28/11/2025 | 05:30 MYT
Tangkap layar video penahanan Albert pada pagi Jumaat yang dikongsikan peguam, Zaid Malek. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Ahli perniagaan, Albert Tei yang ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa pulang semula ke rumahnya sebentar tadi, dipercayai bagi membantu siasatan kes terhadapnya.


Ringkasan AI
  • Albert Tei, ahli perniagaan yang ditahan oleh SPRM, telah dibawa pulang ke rumahnya untuk membantu siasatan, seperti yang disahkan oleh peguamnya, Zaid Malek.
  • Albert dibawa masuk ke rumahnya di Puchong dengan tangan bergari, namun belum ada maklumat lanjut mengenai status beliau atau sama ada rumahnya digeledah semula.
  • Belum ada pengesahan atau perincian daripada SPRM mengenai kronologi penahanan Albert, termasuk dari Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.


Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Zaid Malek.

Difahamkan, Albert dibawa masuk ke dalam kediamannya di kawasan perumahan di Puchong, Selangor dengan tangan bergari.

Zaid berkata, beliau mendapat berita Albert dibawa masuk semula ke rumahnya ketika dalam perjalanan untuk bertemu ahli perniagaan itu.

"Saya belum menerima maklumat lanjut kerana tidak tahu status sebenar Albert pulang atau rumahnya digeledah semula," katanya kepada media.

Sinar Harian setakat ini belum mendapatkan pengesahan dan perincian berhubung kronologi kes penahanan Albert daripada SPRM termasuk Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki. - Sinar Harian




#Albert Tei #SPRM #Rasuah #Azam Baki #Shamsul Iskandar Mohd Akin