MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: 49 fasiliti kesihatan terkesan - Dzulkefly
Keadaan di beberapa kawasan sekitar Rantau Panjang yang mula digenangi air limpahan Sungai Golok, ketika tinjauan sekitar Pasir Mas, 27 Nov 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 fasiliti kesihatan terkesan dengan 19 daripadanya ditutup dan operasi dipindahkan susulan banjir di tujuh negeri di Semenanjung.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan setakat 3 petang semalam, sebanyak 27 fasiliti kesihatan lagi masih beroperasi dengan penyelarasan manakala tiga tidak beroperasi di Perlis.
"Sebanyak 345 pasukan perubatan dan kesihatan telah digerakkan ke kawasan terjejas," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata negeri yang masih terjejas banjir ialah Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Selangor dan Pahang dengan keseluruhan mangsa setakat 3 petang semalam seramai 27,955 orang yang ditempatkan di 222 pusat pemindahan sementara (PPS).
Dzulkefly berkata sebanyak 2,083 mangsa telah mendapat rawatan setakat ini, dengan 376 kes melibatkan jangkitan saluran pernafasan (ARI) diikuti jangkitan kulit (92), gastroenteritis akut (15) dan empat kes konjunktivitis.
"Tiada wabak dikesan di mana-mana PPS manakala dua kematian berkaitan banjir dilaporkan di Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini