MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Industri perbankan komited meringankan beban kewangan, pastikan akses perkhidmatan terus disediakan kepada mangsa banjir yang terjejas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bank menawarkan pelbagai bentuk bantuan banjir termasuk penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan untuk memberikan bantuan kewangan sementara dan kemudahan pembiayaan khas untuk membantu pelanggan membaiki dan membaik pulih rumah serta perniagaan mereka.
Ringkasan AI
Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dalam kenyataan bersama hari ini, industri perbankan komited untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh individu dan perniagaan selain memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan penting.
Bank-bank turut mengetepikan bayaran untuk penggantian dokumen dan kad yang rosak, menyediakan kemudahan bantuan dan penyesuaian untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta menawarkan pertukaran wang kertas yang rosak.
"Pelanggan digalakkan menghubungi bank masing-masing melalui saluran rasmi iaitu cawangan bank, laman web, platform perbankan dalam talian dan akaun media sosial untuk mendapatkan maklumat yang dipercayai mengenai bantuan yang ditawarkan.
"Pelanggan turut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap penipuan dan mengelak daripada terlibat dengan pihak yang mendakwa mewakili bank," katanya.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk kepada senarai bank anggota di laman web rasmi ABM dan AIBIM.
Menurut ABM dan AIBIM, bank anggota mereka akan terus mengambil langkah perlu untuk memastikan akses kepada perkhidmatan perbankan penting di semua lokasi yang terjejas, dengan maklumat terkini akan dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bank menawarkan bantuan banjir termasuk penangguhan bayaran pinjaman dan pembiayaan untuk bantu individu serta perniagaan.
- Industri perbankan komited meringankan beban kewangan, pastikan akses perkhidmatan terus disediakan.
- Bank turut tawarkan kemudahan pertukaran wang kertas rosak serta nasihat untuk elak penipuan kepada pelanggan.