MALAYSIA
[TERKINI] Banjir Hatyai: 36 pelajar UUM terkandas berjaya diselamatkan - Zambry
Kumpulan berkenaan kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum dibawa pulang ke Malaysia. - Gambar/ FB Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR: Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir berjaya diselamatkan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Ringkasan AI
Beliau memaklumkan kumpulan berkenaan kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Syukur Alhamdulillah. Kesemua mereka telah berjaya diselamatkan sebentar tadi. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, pihak berkuasa Thailand, pasukan penyelamat tempatan serta pengurusan UUM atas koordinasi yang amat berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Zambry, kerjasama pelbagai pihak memastikan operasi menyelamat berjalan lancar dan teratur meskipun keadaan cuaca buruk melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Kesemua pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM). Mereka terkandas sejak 22 Nov lepas, ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025.
Banjir di Hatyai dilaporkan berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak awal minggu, menyebabkan banyak kawasan rendah termasuk di pusat bandar ditenggelami air dan menjejaskan pergerakan penduduk serta pelancong.
Ringkasan AI
- Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir berjaya diselamatkan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
- Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum pulang ke Malaysia, setelah kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar dan Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand.
- Pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) dan terkandas sejak 22 Nov ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025 akibat banjir hebat di Hatyai.