MALAYSIA
[TERKINI] Banjir Hatyai: Malaysia pertingkat bantuan untuk rakyat terperangkap
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla melaporkan 2,500 rakyat Malaysia telah dipindahkan dari Hatyai dengan bantuan pihak berkuasa tempatan. - Gambar/ Media sosial
BANGKOK: Malaysia meningkatkan usaha bantuan kecemasan bagi membantu ribuan rakyat yang terperangkap di Hatyai dan kawasan berhampiran akibat banjir yang terus melanda selatan Thailand susulan hujan lebat berterusan.
Ringkasan AI
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral di Songkhla bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang kini berada di hotel masing-masing.
Beliau berkata laporan yang diterima setakat ini menunjukkan seramai 1,000 rakyat Malaysia masih terperangkap di Hatyai, manakala 500 lagi terkandas di beberapa kawasan lain di wilayah selatan.
"Kami bersama pihak berkuasa Thailand sedang berusaha sedaya upaya bagi memastikan bantuan - termasuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain - sampai kepada mangsa banjir," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau menggesa rakyat Malaysia agar tidak panik dan mengikuti perkembangan operasi menyelamat supaya mereka dapat dipindahkan ke kawasan lebih selamat oleh pihak berkuasa tempatan apabila diperlukan.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata sehingga Ahad, kira-kira 2,500 rakyat Malaysia telah dipindahkan dari Hatyai dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.
"Kami telah menghantar sekitar 500 daripada mereka ke Lapangan Terbang Hatyai dan terminal bas, manakala selebihnya sama ada berlindung di pusat pemindahan sementara atau dalam perjalanan pulang ke Malaysia," katanya.
Ahmad Fahmi berkata paras air di Hatyai terus meningkat susulan hujan lebat sejak malam tadi, namun pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk menyalurkan bantuan.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan melaporkan terdapat kira-kira 18 pusat pemindahan sementara beroperasi di Hatyai dan Songkhla.
Sementara itu, media tempatan Thailand melaporkan bahawa Gabenor Songkhla Rattasat Chidchu telah mengisytiharkan wilayah itu sebagai zon bencana dan mengarahkan pemindahan segera semua penduduk.
Beliau mengarahkan unit tentera, agensi awam, pentadbiran tempatan dan yayasan penyelamat segera memasuki kawasan terjejas untuk menyalurkan bantuan, terutama kepada kumpulan rentan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia meningkatkan usaha bantuan kecemasan bagi ribuan rakyat terperangkap di Hatyai akibat banjir di selatan Thailand.
- Duta Besar Malaysia ke Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk salurkan bantuan kepada rakyat Malaysia di kawasan tersebut.
- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla melaporkan 2,500 rakyat Malaysia telah dipindahkan dari Hatyai dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.