MALAYSIA
[TERKINI] Banjir Hatyai: Warga emas terkandas perlukan ubat, rayu bantuan segera
Hujan yang tidak berhenti sejak Ahad menyebabkan paras air terus naik dan menenggelamkan beberapa kenderaan yang sebelum ini masih kelihatan. - Gambar/ Baharin Baharom
BUKIT KAYU HITAM: Paras air banjir di Hatyai, dilaporkan kembali meningkat pada Isnin selepas sempat surut pada Ahad, dipercayai akibat gelombang kedua bencana tersebut.
Keadaan itu menyebabkan lebih 40 rakyat Malaysia, termasuk sekumpulan warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, Johor, masih terkandas di Hotel Paradise tanpa bekalan elektrik dan ubat-ubatan yang mencukupi.
Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn Bhd, Baharin Baharom berkata, hujan yang tidak berhenti sejak Ahad menyebabkan paras air terus naik dan menenggelamkan beberapa kenderaan yang sebelum ini masih kelihatan.
“Semalam air sempat surut dan kita masih nampak kereta, tetapi hari ini sudah ada yang tenggelam. Saya difahamkan gelombang kedua ini lebih besar dan memburukkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Menurut beliau, kumpulan warga emas yang terkandas amat memerlukan bantuan segera, khususnya bekalan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti darah tinggi dan jantung.
“Saya mohon pihak Konsulat Malaysia di Songkhla agar segera menghantar bantuan ubat atau membantu memindahkan mereka dari hotel ini. Ketika ini, bekalan elektrik sudah terputus dan tiada lagi bantuan generator,” ujarnya.
Tambahnya, hotel masih menyediakan makanan, namun hanya untuk waktu pagi dan tengah hari sahaja, manakala makan malam tidak lagi disediakan kerana kekangan logistik.
Sementara itu, seorang mangsa, Saryati Suwarno, 54, berkata beberapa ahli rombongan sudah kehabisan stok ubat dan semakin bimbang dengan keadaan semasa.
“Kami sudah menghubungi pihak konsulat dan dimaklumkan proses pemindahan mungkin mengambil masa. Tapi kami warga emas sangat bergantung kepada ubat-ubatan. Bila elektrik dan talian telefon terputus, amat sukar untuk kami berhubung dengan pihak luar,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Baharom Darkon, 63, turut merayu agar pihak berkuasa Malaysia dan Thailand segera mengambil tindakan bagi membawa keluar mereka dari kawasan terjejas.
“Kami amat perlukan bantuan segera. Ramai antara kami sudah berusia dan tidak sihat. Harap sangat pihak konsulat atau kerajaan dapat bantu kami keluar dari sini,” ujarnya. - Sinar Harian