awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir Hulu Langat: Dua PPS dibuka untuk mangsa banjir

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
04/12/2025
03:20 MYT
[TERKINI] Banjir Hulu Langat: Dua PPS dibuka untuk mangsa banjir
Anggota pasukan keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir di Hulu Langat, pada pagi Khamis. - Gambar ihsan APM Selangor
HULU LANGAT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Langat dibuka pagi ini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat hujan lebat berterusan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim mengisytiharkan, PPS pertama di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding pada jam 10.20 pagi, diikuti PPS kedua di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai pada jam 10.30 pagi.
"Semua jabatan dan agensi berkaitan dimohon mengambil tindakan susulan bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan mangsa." katanya.
Rakaman di lokasi menunjukkan mangsa banjir mula tiba di PPS dengan bantuan petugas keselamatan, selain bekalan makanan dan logistik turut disediakan.
Hujan tanpa henti sejak pagi khamis menyebabkan kawasan-kawasan di Batu 20, Batu 18, Nanding, Dusun Tua, dan Sungai Lui terjejas akibat banjir kilat.
Paras air dilaporkan naik mendadak, memaksa beberapa jalan dan laluan ditutup serta merta.
Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan kekal berwaspada ketika cuaca buruk berterusan di Hulu Langat.
Topic Berkaitan
#banjir
#Hulu Langat
#PPS
#Pusat Penempatan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan