[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

[TERKINI] Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang meningkat

Bernama 28/11/2025 | 10:09 MYT
Bilangan mangsa di Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan merekodkan penurunan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terus meningkat petang ini manakala bilangan mangsa di Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan merekodkan penurunan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang ini, berbanding 5,009 orang daripada 1,488 keluarga tengah hari tadi.

Sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lapan daerah terjejas, iaitu Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.

Berdasarkan maklumat di aplikasi MyPublic Infobanjir, paras air di 11 sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya antaranya Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan di Marang, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Jambatan Keruak (F2), Besut.

DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI

Di SELANGOR, jumlah mangsa menunjukkan pertambahan kepada 3,125 orang daripada 838 keluarga petang ini berbanding 2,904 mangsa melibatkan 770 keluarga tengah hari tadi, yang kini berlindung di 21 PPS membabitkan lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa bertambah kepada 156 orang daripada 47 keluarga petang ini, berbanding 117 mangsa daripada 30 keluarga tengah hari tadi yang berlindung di empat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Lama di Lukut, Balai Raya Permatang Pasir di Linggi, Port Dickson, SK Jijan di Labu, Seremban dan SK Undang Johol, Kuala Pilah.
#banjir 2025 #monsun timur laut #jumlah mangsa banjir #PPS