awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir Kelantan: Satu penerbangan dilencongkan akibat cuaca buruk

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2025
05:24 MYT
[TERKINI] Banjir Kelantan: Satu penerbangan dilencongkan akibat cuaca buruk
Semua penerbangan yang dijadualkan di LTSIP masih beroperasi seperti biasa tanpa sebarang penangguhan ketara hari ini. - Gambar/ Kelantan Info Semasa
KOTA BHARU: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini kekal berjalan lancar meskipun Kelantan berdepan situasi banjir, dengan hanya satu insiden penerbangan terpaksa dilencongkan akibat cuaca buruk.
Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd, Kamaruzzaman Razali, berkata semua jadual penerbangan setakat pagi ini masih beroperasi seperti biasa tanpa penangguhan ketara.
“Semalam, satu penerbangan AirAsia AK6430 dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang dijangka tiba pada 8.30 malam tadi terpaksa dialihkan ke Pulau Pinang kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Pesawat berkenaan selamat tiba semula di Kota Bharu pada 11.30 malam tadi,” katanya kepada Bernama.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Beliau menegaskan sehingga kini tiada pembatalan penerbangan walaupun beberapa kawasan sekitar Kota Bharu mencatat peningkatan paras air, manakala landasan di LTSIP berada dalam keadaan selamat dan bebas halangan.
Kamaruzzaman berkata pihaknya terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan operasi berada pada tahap optimum, selain menyalurkan maklumat terkini kepada penumpang melalui saluran rasmi syarikat penerbangan.
Semalam, tular video di media sosial memaparkan kawasan lapangan terbang digenangi air susulan hujan lebat berterusan, namun Malaysia Airports menegaskan situasi itu tidak menjejaskan operasi penerbangan.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#monsun timur laut
#penerbangan terjejas akibat banjir
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan