MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: Kerajaan aktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri - Ahmad Zahid
Sekumpulan anak muda berjalan kaki di jalan raya yang dilimpahi air ketika tinjauan di Kampung Sungai Siput, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA : Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah dan Unit bagi memastikan kesiapsiagaan penuh menghadapi risiko banjir, ribut dan ombak kuat.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi tindakan respons, pemindahan dan penyampaian maklumat dapat dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan.
Menurutnya, langkah itu membolehkan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan ditangani secara masa nyata oleh semua agensi pengurusan bencana.
"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengerahkan lebih 2,000 anggotanya untuk menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi, termasuk lokasi yang terdedah kepada banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai.
“Aset-aset penting seperti bot penyelamat, ambulans, kenderaan 4x4, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut digerakkan bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera apabila diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan turut menekankan aspek kebajikan mangsa dan petugas bencana dengan menyediakan 30,300 pek makanan retort, 88,701 unit khemah mudah alih bencana (C-Tent) serta 31,480 kit makanan mangsa sebagai stok kecemasan awal di lokasi-lokasi strategik.
Sehubungan itu, beliau juga menyeru penduduk di kawasan terjejas agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, NADMA dan APM.
“Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan angin kencang serta ombak tinggi, selain memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia dan dokumen penting disimpan di tempat selamat,” katanya.
Semalam, ribut tropika Senyar yang dikesan di perairan Selat Melaka telah memasuki perairan Malaysia sejak 3.30 petang dan dijangka akan berterusan sehingga pagi Sabtu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, orang ramai dinasihatkan agar bersiap siaga dengan faktor hujan lebat luar biasa berterusan susulan kesan ribut tropika Senyar yang dijangka melanda tengah malam semalam.
Jelasnya, julat taburan hujan dijangka meningkat pada tengah malam ini dengan kelajuan angin antara 9 hingga 50 kilometer sejam yang bergerak ke arah perairan Laut China Selatan bahagian Timur.
Ringkasan AI
- Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri dan Pusat Kawalan Operasi Daerah untuk kesiapsiagaan banjir, ribut, dan ombak kuat, memastikan koordinasi tindakan respons tanpa kelewatan.
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengerahkan lebih 2,000 anggota untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi, serta menyediakan aset penting seperti bot penyelamat dan kenderaan untuk operasi menyelamat, pemindahan, dan bantuan kecemasan.
- Kerajaan menyediakan bantuan kebajikan seperti makanan, khemah, dan kit makanan mangsa sebagai stok kecemasan awal, serta menyeru penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersiap siaga menghadapi kesan ribut tropika Senyar.