MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: Kerajaan gerak semua cabang agensi pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, setakat jam 4 petang Isnin, jumlah mangsa yang direkodkan melibatkan seramai 13,915 orang mangsa daripada 4,844 keluarga. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) telah menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat di setiap peringkat susulan bencana banjir yang melanda tujuh negeri.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JBPB, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat jam 4 petang Isnin, jumlah mangsa yang direkodkan melibatkan seramai 13,915 orang mangsa daripada 4,844 keluarga.
Beliau berkata, Kelantan antara yang terjejas teruk dengan rekod mangsa banjir tertinggi melibatkan 3,487 keluarga dan 9,503 orang mangsa, diikuti Perak 485 keluarga dan 1,538 orang mangsa, Perlis 426 keluarga dan 1,426 orang mangsa.
Selain itu jelasnya, Kedah mencatatkan 168 keluarga dengan 542 orang mangsa, Pulau Pinang 106 keluarga ( 414 mangsa), Selangor 94 keluarga (283 mangsa) dan Terengganu 78 keluarga (209 mangsa).
“Sehingga kini, kerajaan melalui JPBP dan NADMA telah menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di setiap peringkat yang bertindak pantas dengan sokongan pelbagai aset termasuk telah mengaktifkan 63 pusat pemindahan sementera (PPS) di seluruh kawasan yang terjejas.
“Kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh.
“Ketika ini lebih 1,205 anggota APM Negeri Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagi memastikan keselamatan rakyat, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, Ahmad Zahid berkata, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.
“Selain itu, operasi pemantauan situasi cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko turut dipertingkatkan melalui pemantauan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam bersama Langkah Mandatori dan Tindakan Proaktif APM,” katanya.
Antara langkah yang diambil, jelas beliau, ialah pengaktifan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di semua daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok dan daerah yang berisiko; rondaan berkala menggunakan aset darat dan air di kawasan berisiko banjir; hebahan maklumat terkini melalui media sosial APM; kerjasama rapat dengan agensi lain pengurusan bencana.
Beliau berkata, kerajaan juga telah memastikan semua mangsa yang dipindahkan ke PPS dibekalkan dengan barang keperluan bencana yang secukupnya seperti makanan asas, khemah, barang keperluan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.
“Justeru, saya ingin menggesa semua mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS dan penduduk yang berada di kawasan berisiko agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.
“Saya juga menyarankan agar semua pihak mendapatkan maklumat dan amaran semasa situasi banjir melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
“Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” katanya lagi.
Ahmad Zahid berkata, beliau turut berdoa dan berharap agar kejadian tersebut tidak membawa kerosakan yang besar, serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam penanganan banjir di tujuh negeri yang terjejas.
- Jumlah mangsa banjir mencatatkan seramai 13,915 orang daripada 4,844 keluarga, dengan Kelantan menjadi negeri paling terjejas.
- Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan 1,205 anggota di Kelantan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JBPB, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat jam 4 petang Isnin, jumlah mangsa yang direkodkan melibatkan seramai 13,915 orang mangsa daripada 4,844 keluarga.
Beliau berkata, Kelantan antara yang terjejas teruk dengan rekod mangsa banjir tertinggi melibatkan 3,487 keluarga dan 9,503 orang mangsa, diikuti Perak 485 keluarga dan 1,538 orang mangsa, Perlis 426 keluarga dan 1,426 orang mangsa.
Selain itu jelasnya, Kedah mencatatkan 168 keluarga dengan 542 orang mangsa, Pulau Pinang 106 keluarga ( 414 mangsa), Selangor 94 keluarga (283 mangsa) dan Terengganu 78 keluarga (209 mangsa).
“Sehingga kini, kerajaan melalui JPBP dan NADMA telah menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di setiap peringkat yang bertindak pantas dengan sokongan pelbagai aset termasuk telah mengaktifkan 63 pusat pemindahan sementera (PPS) di seluruh kawasan yang terjejas.
“Kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh.
“Ketika ini lebih 1,205 anggota APM Negeri Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagi memastikan keselamatan rakyat, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, Ahmad Zahid berkata, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.
“Selain itu, operasi pemantauan situasi cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko turut dipertingkatkan melalui pemantauan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam bersama Langkah Mandatori dan Tindakan Proaktif APM,” katanya.
Antara langkah yang diambil, jelas beliau, ialah pengaktifan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di semua daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok dan daerah yang berisiko; rondaan berkala menggunakan aset darat dan air di kawasan berisiko banjir; hebahan maklumat terkini melalui media sosial APM; kerjasama rapat dengan agensi lain pengurusan bencana.
Beliau berkata, kerajaan juga telah memastikan semua mangsa yang dipindahkan ke PPS dibekalkan dengan barang keperluan bencana yang secukupnya seperti makanan asas, khemah, barang keperluan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.
“Justeru, saya ingin menggesa semua mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS dan penduduk yang berada di kawasan berisiko agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.
“Saya juga menyarankan agar semua pihak mendapatkan maklumat dan amaran semasa situasi banjir melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
“Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” katanya lagi.
Ahmad Zahid berkata, beliau turut berdoa dan berharap agar kejadian tersebut tidak membawa kerosakan yang besar, serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang direkodkan susulan bencana banjir di tujuh negeri?
A: Terdapat seramai 13,915 orang mangsa daripada 4,844 keluarga yang direkodkan akibat banjir, dengan Kelantan menjadi negeri paling terjejas. - Q: Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengendalikan situasi banjir?
A: Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan 1,205 anggota di Kelantan. - Q: Di manakah maklumat terkini berkenaan situasi banjir dan cuaca boleh diperoleh?
A: Maklumat terkini mengenai situasi banjir boleh diperoleh melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PublicInfoBanjir dan Twitter @JPSInfoBanjir, manakala maklumat cuaca boleh dimuat turun melalui aplikasi myCuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).