MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: Kerajaan sedia peruntukan RM7 juta bagi urus MTL 2025-2026 - Nancy
Menurut Nancy, kerajaan menyediakan peruntukan RM7 juta bagi menampung perbelanjaan segera untuk semua negeri dan agensi berkaitan sepanjang tempoh MTL. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan RM7 juta bagi menampung perbelanjaan segera untuk semua negeri dan agensi berkaitan, bagi memastikan koordinasi dan operasi tindak balas berjalan lancar sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL).
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk bagi tujuan pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI), yang mula dilaksanakan bermula musim MTL 2025-2026.
"Ini penting kepada mereka yang jadi mangsa bencana ini...pembayaran BWI akan dibuat berdasarkan pendaftaran ketua isi rumah (KIR) mangsa bencana, melalui sistem MyInfo Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Bayaran akan dibuat secara terus kepada KIR oleh Bank Simpanan Nasional selaku bank pembayar yang dilantik dalam tempoh satu ke tiga hari, selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup," katanya mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Nancy menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang antara lain mahu tahu sama ada kerajaan bersedia memberikan insentif bantuan kewangan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu ketika banjir di seluruh negara.
Beliau berkata NADMA turut mengadakan mesyuarat pengurusan bencana secara berterusan, termasuk sebelum, semasa dan selepas musim monsun, berdasarkan unjuran cuaca sehingga Mac tahun hadapan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai dakwaan kononnya individu atau NGO yang ingin menyalurkan bantuan ke PPS dihalang daripada berbuat demikian, Nancy berkata perkara berkenaan adalah tidak benar, sebaliknya semua sumbangan dialu-alukan.
Namun, beliau berkata ia perlu diselaraskan pada peringkat sekretariat, bagi mengelakkan pertindihan bantuan, sesuai keperluan mangsa dan tidak berlaku lambakan, selain menasihatkan mereka yang mahu berbuat demikian untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah, terlebih dahulu.
Menjawab soalan asal Nurul Amin mengenai status semasa banjir dan langkah kesiapsiagaan kerajaan menghadapi musim tengkujuh, Nancy berkata setakat ini sebanyak 9,058 PPS yang mampu menempatkan 2.2 juta mangsa, telah diaktifkan.
Beliau berkata bagi memastikan penghantaran bantuan berjalan lancar, sebanyak lapan depoh simpanan, 138 stor daerah, 68 mini depoh dan 561 pangkalan hadapan juga telah diaktifkan.
"Setakat 8 pagi ini, 35 daerah di tujuh negeri dilanda banjir, dengan jumlah mangsa sebanyak 29,400 melibatkan 10,193 keluarga yang telah ditempatkan di 216 PPS. Tiga daerah di Kelantan mencatatkan bilangan kemasukan ke PPS tertinggi di seluruh negara, iaitu Tumpat, Kota Bharu dan Bachok," katanya.
Nancy berkata kesiapsiagaan turut melibatkan 103,500 anggota pelbagai agensi dan hampir 40,000 aset yang digerakkan, selain pemantauan 24 jam melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Beliau berkata MTL yang bermula pada 13 Nov lepas dan dijangka berterusan hingga Mac tahun depan, menyaksikan kerajaan meningkatkan kesiapsiagaan teknikal, termasuk pengemaskinian 3,682 tempat mudah banjir di seluruh negara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Pada masa sama, Nancy berkata Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengenal pasti 254 cerun kritikal yang berisiko runtuhan, sekali gus memerlukan pemantauan rapi sepanjang musim tengkujuh.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Peruntukan RM7 juta disediakan oleh kerajaan melalui NADMA untuk koordinasi tindak balas banjir semasa musim monsun timur laut, termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana.
- Nancy Shukri memaklumkan bahawa pembayaran BWI kepada mangsa akan dibuat terus oleh Bank Simpanan Nasional dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas pusat pemindahan sementara ditutup, melalui sistem pendaftaran KIR.
- Semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Nancy menjelaskan bahawa kesiapsiagaan kerajaan melibatkan 9,058 PPS yang boleh menempatkan 2.2 juta mangsa banjir, dengan 35 daerah dilanda banjir dan 29,400 mangsa ditempatkan di 216 PPS di tujuh negeri.