MALAYSIA
[TERKINI] Banjir: MB nasihat penduduk terjejas banjir di Kelantan segera berpindah
Mohd Nassuruddin berkata perkara itu penting bagi mengelak kejadian tidak diingini kerana ketika paras air sedang meningkat, proses pemindahan akan menjadi lebih sukar serta berisiko. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud menasihati penduduk terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan masing-masing.
Ringkasan AI
Beliau berkata perkara itu penting bagi mengelak kejadian tidak diingini kerana ketika paras air sedang meningkat, proses pemindahan akan menjadi lebih sukar serta berisiko.
"Semua pusat pemindahan sementara (PPS) menyediakan kemudahan lengkap untuk mangsa berlindung, meskipun mungkin tidak senyaman berada di rumah.
"Yang paling utama adalah keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan barangan asas kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Tapang di sini hari ini.
Mohd Nassuruddin berkata semua PPS di negeri ini telah membuat persiapan rapi bagi menempatkan mangsa banjir dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam menghadapi bencana itu.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau anak masing-masing daripada bermain air banjir.
"Banjir bukan pesta untuk bersuka ria. Malang tidak berbau dan ketika banjir kita tidak dapat mengagak kedalaman air," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Besar Kelantan menasihati penduduk terjejas banjir berpindah dengan segera apabila diarahkan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan.
- Pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan dengan kemudahan lengkap untuk mangsa banjir, walaupun mungkin tidak selesa seperti di rumah.
- Kerajaan negeri dan Persekutuan bersedia menghadapi bencana banjir dengan persiapan yang rapi serta menasihati ibu bapa untuk memantau anak-anak dengan lebih teliti ketika banjir berlaku.