MALAYSIA
[TERKINI] Banjir Selangor: Sabak Bernam terjejas, JBPM teruskan pemantauan di lokasi berisiko
Menurut JBPM Selangor, 20 operasi pemantauan harian dilaksanakan di lokasi-lokasi berisiko termasuk Kampung Nelayan Sungai Besar, Taman Berkat, Bagan Sungai Besar dan Muara Sungai Haji Dorani. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan satu daerah terkesan akibat banjir dalam tempoh 12 jam lalu, dengan lebih 20 operasi pemantauan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut laporan JBPM, sehingga jam 8 pagi ini, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sri Bernam, menempatkan 39 mangsa daripada 10 keluarga yang dipindahkan sejak malam tadi.
Angka itu termasuk, 26 mangsa yang dipindahkan hari ini , susulan hujan berterusan yang menyebabkan beberapa kawasan berisiko dinaiki air.
JBPM Selangor memaklumkan, 20 operasi pemantauan harian dilaksanakan di lokasi-lokasi berisiko termasuk Kampung Nelayan Sungai Besar, Taman Berkat, Bagan Sungai Besar, Muara Sungai Haji Dorani serta beberapa kawasan di Bestari Jaya, Shah Alam dan Bukit Jelutong seperti Sri Muda Seksyen 25, Kg Baru Hicom, Jalan Kebun, Seksyen 13 dan TTDI Jaya.
Operasi pemantauan melibatkan 21 anggota dari empat balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, BBP Bestari Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Bukit Jelutong.
Setakat ini, tiada penutupan PPS baharu dilaporkan dan keadaan berada dalam pemantauan rapi.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan amaran cuaca dan arahan pihak berkuasa, terutama menjelang hujan berterusan di beberapa kawasan negeri itu.
JBPM Selangor terus memantau perkembangan banjir bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko.