awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir: TNB tutup bekalan elektrik sekitar Kuala Selangor

Bernama
Bernama
28/11/2025
05:15 MYT
[TERKINI] Banjir: TNB tutup bekalan elektrik sekitar Kuala Selangor
TNB turut menasihati pengguna supaya menutup semua suis di soket alir keluar dan menanggalkan palam kuasa peralatan elektrik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik sekitar Kuala Selangor, Selangor susulan hujan berterusan dan keadaan banjir yang melanda kawasan terbabit.
Menerusi hantaran di Facebook, TNB memaklumkan dua pencawang elektrik yang terjejas membabitkan Jalan Rizab Masjid dan dan Southern Reality Ladang Bukit Ijok.
"Penutupan bekalan oleh TNB ini demi keselamatan pengguna setempat," menurut kenyataan itu.
TNB turut menasihati pengguna supaya menutup semua suis di soket alir keluar dan menanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.
Berikutan ribut dan hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan, TNB memaklumkan kerja-keraja pemulihan bekalan elektrik dijangka mengambil masa panjang kerana banyak pokok tumbang yang menghempap tiang dan talian TNB.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
"Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang kerosakan menerusi talian 15454 atau PM di FB TNB Careline.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir 2025
#banjir Kuala Selangor
#ribut tropika Senyar
#TNB tutup elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan