MALAYSIA
[TERKINI] Beberapa kawasan sepanjang Sungai Golok dijangka banjir mulai petang ini - JPS
JPS berkata ramalan itu dibuat susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan Jabatan Meteorologi serta status paras air Sungai Golok yang dijangka melepasi aras bahaya. - Gambar fail
KOTA BHARU: Beberapa kawasan rendah di sepanjang Sungai Golok melibatkan jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka dilanda banjir mulai 6 petang ini hingga 11 malam 27 Nov berikutan hujan berterusan serta peningkatan paras air sungai.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan hari ini memaklumkan ramalan itu dibuat susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan Jabatan Meteorologi serta status paras air Sungai Golok yang dijangka melepasi aras bahaya.
Menurut kenyataan itu, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Sungai Golok, Pasir Mas dijangka terjejas antaranya meliputi Alor Gajah, Kubang Binjai, Kubang Dapat, Kubang Hakim, Kubang Keroh, Kubang Pak Hitam, Lubok Kawah, Meranti, Senor, Kampung Siram, Kampung Bukit Lata dan Kampung Banggol Kong.
Lokasi dijangka banjir termasuk Rantau Panjang antaranya meliputi Kampung Tersang, Kampung Lachang, Kampung Gual To'Deh, Kampung Mak Ribi Jemerak Perol dan Pekan Rantau Panjang.
Selain itu, di sekitar Sungai Golok di Tanah Merah antaranya meliputi Kampung Air Bujing, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Tilam manakala Jeli meliputi Kampung Legeh, Kampung Gemang, Kampung Satan dan Kampung Ayer Lanas.
"PRABN memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangka. Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berisiko, dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir.
-- BERNAMA