MALAYSIA
[TERKINI] Bradley Hope dedah Jho Low dikesan hidup mewah di Shanghai, guna pasport palsu
Dalam pendedahan terbaharu wartawan Bradley Hope, ahli perniagaan yang menjadi buruan, Jho Low (gambar) didakwa menetap di kawasan eksklusif Green Hills selain memandu kereta mewah dan berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat tahun siasatan dijalankan, dalang utama skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low, akhirnya berjaya dikesan.
Individu yang diburu oleh pihak berkuasa antarabangsa itu dipercayai kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.
Pendedahan ini dibuat dua wartawan penyiasatan yang terkenal kerana membongkar skandal kewangan terbesar dunia 1MDB, Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright, pada Jumaat.
Dalam pendedahan itu, Jho Low kini dilaporkan menetap di kawasan eksklusif Green Hills selain memandu kereta mewah.
Bahkan, melalui penyiasatan dilakukan dua wartawan antarabangsa itu juga, Jho Low didakwa beroperasi dari pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai, meskipun Malaysia masih giat menuntut proses ekstradisinya.
Lebih mengejutkan, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.
Tugas ahli perniagaan yang menjadi buruan Malaysia itu ialah membantu syarikat-syarikat yang berdepan sekatan antarabangsa untuk terus beroperasi di peringkat global.
Skandal kewangan 1MDB yang terbesar dalam sejarah yang mana Jho Low merupakan dalang utama mengejutkan dunia berikutan sebanyak AS$7.65 bilion (RM35 bilion) telah diseleweng.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyaj AS$2.5 bilion (RM11.4 bilion) didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Jho Low, sementara AS$6 bilion lagi (RM27.3 bilion) dikaitkan dengan urusan perniagaan bersama syarikat China dalam usaha menutup jejak penyelewengan
Dianggarkan keseluruhan kerugian kepada Malaysia mencecah AS$18 bilion (lebih RM82 bilion) termasuk kos penutupan skandal
Pendedahan tersebut turut mengimbas kembali kehidupan mewah Jho Low suatu ketika dahulu, termasuk penglibatannya sebagai pembiaya filem terkenal The Wolf of Wall Street serta pergaulan akrabnya dengan selebriti Hollywood seperti Leonardo DiCaprio.
Laporan itu turut menekankan bagaimana teknologi blockchain dan keterbukaan maklumat global hari ini akhirnya membolehkan pihak berkuasa menjejaki penjenayah kewangan paling licik di dunia.
Jho Low yang pernah digelar Billion Dollar Whale kini dilihat sebagai simbol bagaimana seorang individu boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara menerusi manipulasi dana dan rangkaian antarabangsa.
Pihak berkuasa Malaysia setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi susulan pendedahan terbaharu itu.
Namun usaha menuntut kepulangan Jho Low untuk dibicarakan di Malaysia masih diteruskan.
Skandal kewangan terbesar itu turut mengheret bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ketika penubuhan dana tersebut.
Najib didakwa mempunyai pengaruh langsung dalam urus niaga luar kebiasaan yang menyaksikan hampir AS$700 juta disalurkan ke akaun peribadinya antara 2013 – 2014.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC International - anak syarikat 1MDB.
Hukuman ini dijalankan secara serentak bagi setiap pertuduhan kerana beliau gagal membuktikan bahawa dana tersebut adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi, dakwaan yang pernah dikemukakan peguamnya sebelum ini.