[TERKINI] Dr Zaliha, Nai’m tiada dalam senarai kabinet baharu PM
![[TERKINI] Dr Zaliha, Nai’m tiada dalam senarai kabinet baharu PM [TERKINI] Dr Zaliha, Nai’m tiada dalam senarai kabinet baharu PM](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/71765874296_ZalihaNaimMokhtar.jpg)
Dr Zaliha (kiri) dan Nai’m (kanan) antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu kerajaan MADANI. -Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Nai’m Mokhtar antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Naim Mokhtar tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Portfolio Menteri Wilayah Persekutuan yang dipegang oleh Dr Zaliha kini diambil alih oleh Hannah Yeoh.
- Perubahan dalam kabinet melibatkan 14 menteri dan 18 timbalan menteri, merangkumi pelbagai portfolio seperti ekonomi, sosial, agama, pendidikan, belia, sumber manusia, dan kelestarian alam.
Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan kini dipegang Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Muhammed Taufiq Johari, dengan timbalannya Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol.
Adam Adli Abd Halim pula dipindahkan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy pula digugurkan dan digantikan oleh R Yuneswaran.
Kesemua perubahan itu melibatkan 14 menteri dan 18 timbalan menteri merangkumi portfolio ekonomi, sosial, agama, pendidikan, belia, sumber manusia serta kelestarian alam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumumannya turut menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti mereka kepada negara sebelum ini.
Upacara mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung pada jam 10 di Istana Negara dan mesyuarat jemaah menteri akan diteruskan pada 2.30 petang esok.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang menggantikan Portfolio Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipegang oleh Dr Zaliha? A: Hannah Yeoh.
- Q: Berapa jumlah keseluruhan menteri dan timbalan menteri yang terlibat dalam perubahan kabinet? A: 14 menteri dan 18 timbalan menteri.
- Q: Apakah yang akan berlaku selepas upacara mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu? A: Mesyuarat jemaah menteri akan diteruskan pada jam 2.30 petang esok.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

