MALAYSIA
[TERKINI] Enam kampung di Kuala Krai dilanda banjir - Bomba
Menurut Info Bencana JKM, enam PPS dibuka di Kuala Krai melibatkan 147 mangsa daripada 52 keluarga setakat 11 pagi tadi. --fotoBERNAMA/BBP Kuala Krai
KUALA KRAI: Enam kampung di Kuala Krai dilanda banjir sejak awal pagi tadi akibat hujan lebat, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa.
Ringkasan AI
Kampung terlibat ialah Kampung Bedal, Kampung Bukit Sireh, Kampung Chenulang, Kampung Kebun Pisang, Kampung Pasir Jering dan Kampung Kuala Pertang.
"Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan oleh agensi penyelamat termasuk bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
"Pemantauan dan operasi menyelamat akan diteruskan secara berterusan sekiranya masih terdapat kawasan lain yang dinaiki air," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata laluan di kawasan Pejabat RISDA berhampiran Jalan Bukit Sireh, Kampung Bedal dan Kuala Nal telah ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan sepanjang 400 meter.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), enam PPS dibuka di Kuala Krai melibatkan 147 mangsa daripada 52 keluarga setakat 11 pagi tadi.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kampung yang terlibat mendapati rata-rata penduduk telah mula meletakkan kenderaan mereka di tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Penduduk, Siti Zulaika Awang, 26, dari Kampung Kebun Pisang di Chenulang berkata dia tidak dapat pergi bekerja hari ini berikutan rumahnya dinaiki air sejak 4 pagi tadi.
"Lebih kurang 1 pagi tadi hujan lebat sehingga menyebabkan air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah saya kira-kira tiga jam selepas itu.
"Walaupun terpaksa berjaga ketika itu tapi saya bersyukur sebab beberapa barangan kegunaan di rumah berjaya diletakkan ditempat yang tinggi dan dokumen penting seperti kad pengenalan sudah ada bersama saya," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Banjir melanda enam kampung di Kuala Krai akibat hujan lebat, memaksa 147 mangsa dari 52 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
- PPS dibuka di Kuala Krai, sementara laluan di beberapa kawasan ditutup, menyebabkan penduduk mengalami kesukaran seperti Siti Zulaika Awang dari Kampung Kebun Pisang.
- Operasi penyelamatan terus berjalan oleh agensi penyelamat termasuk bomba, polis, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menangani kesan banjir yang melanda kawasan tersebut.