Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] EXCO Terengganu ditahan SPRM

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang Exco Terengganu ditahan SPRM kerana disyaki salah guna jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

KUALA TERENGGANU: Seorang Exco Kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

Menurut sumber, suspek lelaki yang  berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

Advertisement

Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020.

“Suspek yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) salah sebuah daerah di negeri itu dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu,  Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat.

 

Must Watch Video