MALAYSIA
[TERKINI] FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka tiba di tanah air petang Ahad ini - Mohamad Hasan
Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dijangka tiba di tanah air pada petang Ahad ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dijangka tiba di tanah air pada petang Ahad ini.
Ringkasan AI
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kesemua aktivis berkenaan yang sebelum ini ditahan rejim Zionis selamat tiba di Istanbul hari ini.
"Mereka akan bertolak balik menaiki pesawat Turkish Airlines TK60, hari Ahad 1.40 pagi dari Istanbul dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.05 petang, insya-Allah," katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.
Terdahulu, Kementerian Luar menerusi satu kenyataan mengesahkan kesemua mereka telah dipindahkan keluar dari Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.30 petang waktu tempatan atau 7.30 malam (waktu Malaysia).
Sementara itu, hantaran di Facebook Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) turut memaklumkan kesemua sembilan aktivis Malaysia yang diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa ketika menyertai misi FFC x TMTG telah berjaya dibebaskan.
MYCARE berterima kasih kepada kerajaan Turkiye dan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha keras membebaskan mereka.
"Mereka pergi membawa sejuta harapan. Walau tidak sampai ke Gaza, insya-Allah semangat yang mereka bawa pulang akan menumbuhkan benih perjuangan yang lebih besar.
"Perjuangan akan tetap diteruskan. Pelayaran seterusnya akan terus disusun sehingga sekatan terhadap Gaza berjaya dipecahkan dan Palestin bebas merdeka," menurut kenyataan itu.
Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad yang dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lepas sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.
Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan sembilan aktivis Malaysia yang ditahan rejim Zionis akan tiba di KLIA pada Ahad petang selepas berlepas dari Istanbul.
- Kesemua aktivis itu telah dibebaskan dan dipindahkan keluar dari Israel dengan bantuan kerajaan Malaysia dan Turkiye, hasil usaha pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- MyCARE menegaskan semangat perjuangan membebaskan Gaza akan diteruskan walaupun misi FFC x TMTG tidak sampai ke destinasi akibat tindakan tentera Zionis.