MALAYSIA
[TERKINI] AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur
Pigott (foto) berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan. -Gambar fail/X @StateDeputySpox
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) terus menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Jurucakap Utama Thomas "Tommy" Pigott berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan.
"Kami mengalu-alukan pemimpin ASEAN yang berhimpun minggu ini bagi menyokong Kemboja dan Thailand demi menghormati sepenuhnya komitmen mereka dalam menamatkan konflik ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS pada Ahad.
Menteri-menteri luar dan pegawai ASEAN dijadual berhimpun di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menghadiri mesyuarat khas untuk membincangkan situasi berterusan antara Kemboja dan Thailand.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat (AS) menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
- Timbalan Jurucakap Utama Thomas "Tommy" Pigott menyeru agar senjata berat ditarik balik dan pemasangan periuk api dihentikan.
- Pemimpin ASEAN dijemput menyokong Kemboja dan Thailand dalam menyelesaikan konflik tersebut.
Timbalan Jurucakap Utama Thomas "Tommy" Pigott berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan.
"Kami mengalu-alukan pemimpin ASEAN yang berhimpun minggu ini bagi menyokong Kemboja dan Thailand demi menghormati sepenuhnya komitmen mereka dalam menamatkan konflik ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS pada Ahad.
Menteri-menteri luar dan pegawai ASEAN dijadual berhimpun di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menghadiri mesyuarat khas untuk membincangkan situasi berterusan antara Kemboja dan Thailand.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang AS gesa kepada Kemboja dan Thailand berkenaan konflik ini?
A: AS menggesa agar Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api, dan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur. - Q: Siapakah yang akan memimpin Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) di Kuala Lumpur?
A: Mesyuarat Khas AMM akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.