awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: 2 lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Zaiful Mohd Ariffin
Zaiful Mohd Ariffin
12/06/2025
08:45 MYT
TERKINI HAJI 2025: 2 lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Ghazali dari Kelantan dan Hasmi dari Sarawak, meninggal dunia pada 12 Jun 2025 di Tanah Suci akibat serangan jantung.
MEKAH: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah negara bagi musim ini meningkat kepada 13 orang.

Ringkasan AI
  • Dua jemaah haji Malaysia, Ghazali Ab Rahman (74) dari Kelantan dan Hasmi Mohd Bojeng (78) dari Sarawak, meninggal dunia pada 12 Jun 2025 di Tanah Suci akibat serangan jantung.
  • Jumlah keseluruhan kematian jemaah haji Malaysia bagi musim ini meningkat kepada 13 orang, dengan pengesahan dibuat oleh petugas kesihatan Tabung Haji.
  • Menteri Hal Ehwal Agama merakamkan penghargaan kepada petugas haji atas komitmen mereka serta menyampaikan simpati kepada waris jemaah yang terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengumumkan berita berkenaan di laman facebooknya.
Jemaah pertama ialah Allahyarham Ghazali Ab Rahman, 74, dari Selising, Kelantan, yang menghembuskan nafas terakhir di Abraj Al-Janadiriyyah, Maktab 89A pada jam 4 pagi (waktu Arab Saudi), akibat serangan jantung.
Jemaah kedua pula ialah Allahyarhamah Hasmi Mohd Bojeng, 78, dari Sibu, Sarawak, yang meninggal dunia pada jam 5.21 pagi (waktu Arab Saudi) di Rehab Al-Janadiriyyah, Maktab 90A juga akibat serangan jantung.
"Kedua-dua kematian telah disahkan oleh petugas kesihatan TH, iaitu Dr Syafiq Haziq Mahadi dan Dr Wan Mohd Hafizullah Wan Mansor.
"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas haji yang terus komited dalam menjaga kebajikan jemaah, dan menyampaikan rasa simpati yang tidak terhingga kepada semua waris – baik yang berada di Tanah Suci mahupun di tanah air," katanya.
Topic Berkaitan
#haji 2025
#Jejak Al-Haramain
#jemaah haji Malaysia
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan