awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi aktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2025
08:15 MYT
TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi aktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia
Sistem tersebut bagi memberi suasana selesa dan menenangkan secara rohani kepada jutaan jemaah menjelang musim Haji 1446 Hijrah. - Foto Agensi/Sinar Harian
MEKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengaktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia dengan kapasiti keseluruhan 155,000 tan.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, sistem tersebut bagi memberi suasana selesa dan menenangkan secara rohani kepada jutaan jemaah menjelang musim Haji 1446 Hijrah.
Masjidilharam disokong oleh dua stesen penyejuk utama iaitu Stesen Shamiya dengan kapasiti 120,000 tan dan Stesen Ajyad (35,000 tan) meliputi kawasan yang telah diperluaskan serta ruang besar di dalam masjid berkenaan.
Sistem berkenaan mengekalkan suhu sederhana antara 22 hingga 24 darjah Celsius, menggunakan teknologi penulenan udara canggih yang menyingkirkan 95 peratus kekotoran bagi memastikan kualiti udara ideal.
Laporan tersebut turut menyebut pihak berkuasa menjalankan operasi penyelenggaraan secara proaktif dan berterusan termasuk penukaran alat ganti, jaminan keselamatan di lokasi kerja serta pengurusan sumber yang cekap bagi memenuhi keperluan operasi tinggi sepanjang musim haji.
Pihak berkuasa menekankan usaha itu merupakan sebahagian daripada visi menyeluruh yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah serta menyediakan tahap keselesaan serta ketenangan tertinggi semasa menunaikan ibadah, khususnya dalam menghadapi cuaca ekstrem pada waktu tertentu musim haji.
Artikel ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam
#Masjid Nabawi
#sistem penyejukan terbesar
#terkini haji 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan