MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Jemaah Malaysia diselamatkan susulan serangan jantung

Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung. - Astro AWANI
MEKAH: Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung.
Ringkasan AI
- Jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin dari Terengganu, diselamatkan selepas mengalami serangan jantung di Arab Saudi.
- Beliau menerima rawatan di King Abdullah Medical City dan kini dipantau secara jarak jauh melalui peranti pintar oleh Hospital Maya Seha.
- Kes ini menunjukkan kecekapan perubatan Arab Saudi dalam menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah haji.
Selepas prosedur rawatan, Zurina, 60, didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh kerajaan Arab Saudi, dikendalikan Hospital Maya Seha.
Keadaannya kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung.
Selepas menerima rawatan, Zurina dapat meneruskan ibadah haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau secara jarak jauh.
Menurut kenyataan itu lagi, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan maju Arab Saudi serta komitmennya yang teguh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami