[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

TERKINI HAJI 2025: Kematian ke-10 jemaah haji Malaysia

Azizul Azwa 08/06/2025 | 23:40 MYT
Abdul Malik Sudin meninggal dunia di Hospital King Abdullah, pada jam 4.31 petang pada Ahad, akibat serangan jantung.
MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Allahyarham Abdul Malik Sudin, 62, meninggal dunia di Hospital King Abdullah, pada jam 4.31 petang pada Ahad, akibat serangan jantung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata ini adalah kematian ke-10 membabitkan jemaah Malaysia.
Katanya, ahli keluarga, termasuk isteri Allahyarham, yang berada di Tanah Suci, sudah dimaklumkan.
“Semua urusan pengebumian diuruskan oleh Tabung Haji,” katanya.
Setakat ini tiada kematian akubat dari strok haba.
#terkini haji 2025 #Abdul Malik Sudin #meninggal dunia #serangan jantung