MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Kematian kelapan jemaah haji Malaysia
MINA: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai lapan orang pada musim Haji 1446 tahun ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, Abdul Yazid Matt, 65, meninggal dunia di Hospital Pakar Al Noor di Mekah.
“Allahyarham yang berasal dari Kampung Nisam, Mukim Kurung Batang, Kangar, Perlis meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 11.22 malam tadi,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Khemah Penginapan Jemaah Malaysia di Mina pada Sabtu.
Allahyarham Abdul Yazid adalah jemaah KT100 dan menetap di Maktab 82 di Bangunan Al Olayan Al Haram, Mekah.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami