MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Pesawat terakhir pada 1 Jun, jemaah diingat jaga diri - Mohd Na'im
Mohd Na'im mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan, mengelakkan cuaca terik, dan minum air secukupnya menjelang wukuf di Arafah. - Foto Astro AWANI
SEPANG: Penerbangan terakhir membawa Duyufurrahman ke Jeddah dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Ahad.
Ringkasan AI
Dijangka sekitar 350 tetamu Allah akan menaiki pesawat KT100 untuk menyertai lebih 31,000 jemaah Haji Malaysia di Mekah al-Mukarramah bagi musim 1446 Hijrah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar turut memberi peringatan supaya jemaah Malaysia menyimpan tenaga menjelang kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Arafah.
“Cuaca di Tanah Suci ketika ini sangat panas dan terik, saya nasihatkan untuk jemaah haji kita minum air secukupnya.
“Jaga diri baik-baik dalam masa lima hingga enam hari sebelum wukuf ini, jangan keluar di tengah panas kalau tiada urusan mendesak, duduk di tempat penginapan masing-masing.
“Risau nanti diri jatuh sakit bila nak berwukuf nanti,” ujar Mohd Na’im.
Beliau berkata sedemikian sebelum menaiki KT096 iaitu penerbangan Malaysia Airlines kod MH8192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada pukul 4.15 petang, Jumaat.
Seramai 284 jemaah haji Malaysia menaiki pesawat ini termasuk delegasi kehormat, antaranya isteri, Datin Setia Nik Roslini Raja Haji Ismail dan anak, Sumayyah Mohd Naim.
Selain menunaikan haji, Mohd Na’im juga akan melakukan lawatan kerja seperti ziarah ke klinik, khemah jemaah, bilik rawatan pesakit, Muzdalifah dan Mina untuk melihat operasi haji serta menilai keperluan semasa.
Seterusnya beliau dijangka menghadiri 49th Grand Hajj Symposium di Hotel Ritz-Cariton, Jeddah di mana pertemuan rasmi akan dibuat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Semua menteri-menteri yang terlibat dalam pengurusan haji akan bermesyuarat untuk membincangkan apa sahaja isu berkaitan ibadah haji bagi tahun 2025 dan akan datang, 2026,” jelasnya lagi.
Ringkasan AI
- Penerbangan terakhir ke Jeddah: Penerbangan terakhir KT100 membawa 350 jemaah haji Malaysia ke Mekah, menyertai lebih 31,000 jemaah bagi musim 1446 Hijrah.
- Nasihat kesihatan jemaah haji: Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan, mengelakkan cuaca terik, dan minum air secukupnya menjelang wukuf di Arafah.
- Lawatan kerja Menteri: Mohd Na'im akan melakukan lawatan ke fasiliti jemaah haji serta menghadiri 49th Grand Hajj Symposium di Jeddah untuk membincangkan isu ibadah haji 2025 dan 2026.