MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Safari Wukuf bawa jemaah haji sakit dan uzur
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata lapan bas digunakan untuk melaksanakan program itu. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Seramai 80 jemaah haji sakit dan uzur dibawa ke padang Arafah melalui Program Safari Wukuf, untuk melakukan ibadah wukuf di Arafah.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata lapan bas digunakan untuk melaksanakan program itu.
Semua tempat duduk lapan bas itu diubah suai, khusus untuk jemaah berkenaan.
“Seramai 80 jemaah haji yang sakit dan uzur akan melakukan wukuf di padang Arafah menerusi Program Safari Wukuf bermula Rabu.
“Lapan bas khas diubah suai tempat duduknya menjadi katil untuk membawa jemaah haji ke Padang Arafah,” katanya.
Beliau ditemui ketika Majlis Pelepasan Jemaah Haji Malaysia ke Arafah di Mekah pada Rabu.
Pergerakan jemaah dilakukan secara berperingkat mengikut maktab masing-masing bermula jam 7.30 pagi.
Untuk rekod terdapat 11 maktab daripada tujuh bangunan penginapan jemaah haji yang menempatkan 31,600 Dhuyufurrahman.
Jarak perjalanan dari Mekah ke Arafah sejauh 20 kilometer dan dijangka mengambil masa 45 hingga 60 minit.
Tabung Haji menjangkakan operasi keseluruhan penghantaran jemaah ke Arafah mengambil masa enam hingga lapan jam.
1.8 juta jemaah haji seluruh dunia memulakan pergerakan ke Arafah bermula Selasa.
Ringkasan AI
- Program Safari Wukuf untuk jemaah uzur: Seramai 80 jemaah haji sakit dan uzur dibawa ke Arafah dengan lapan bas khas yang diubahsuai untuk keselesaan mereka.
- Pergerakan jemaah haji ke Arafah: Perjalanan bermula secara berperingkat dari 11 maktab, dengan jarak 20 kilometer dari Mekah yang mengambil masa sekitar 45 hingga 60 minit.
- Operasi besar penghantaran jemaah: Tabung Haji menjangkakan keseluruhan operasi penghantaran jemaah haji ke Arafah akan mengambil masa 6 hingga 8 jam, melibatkan 1.8 juta jemaah dari seluruh dunia.