awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Tawaf Wada’ wajib dilakukan sebelum tinggalkan Mekah - TH

Bernama
Bernama
13/06/2025
02:10 MYT
TERKINI HAJI 2025: Tawaf Wada’ wajib dilakukan sebelum tinggalkan Mekah - TH
Menurut Shahrin, tawaf wada' perlu dilaksanakan dalam tempoh lapan jam sebelum bergerak keluar dari Mekah bagi memastikan ia dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. - Gambar Bernama
MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya melakukan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal yang merupakan ibadah wajib untuk dilaksanakan sebelum meninggalkan kota suci Mekah.
Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji (TH), Shahrin Awaludin berkata, mengikut pandangan Imam Syafie adalah berdosa sekiranya jemaah haji tidak melakukan perkara itu dan boleh dikenakan dam seekor kambing.
"Walaupun terdapat perselisihan pendapat tetapi bagi TH yang mengguna pakai Resolusi Muzakarah Haji, jemaah haji Malaysia adalah diwajibkan melakukan tawaf wada' apabila meninggalkan tanah haram Mekah melebihi dua marhalah.
"Memandangkan ramai dalam kalangan jemaah kita ini yang kali pertama datang dan kita datang dari jauh selain mungkin tidak datang lagi selepas ini, sebab sebab itu sangat penting untuk jemaah melakukan tawaf wada'," katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.
Tawaf wada' adalah tawaf selamat tinggal dan dilakukan oleh jemaah haji atau jemaah umrah, termasuk penduduk kota Mekah bagi memuliakan dan menghormati Baitullah (Kaabah) sebelum mereka berangkat meninggalkan kota suci Mekah.
Shahrin berkata, antara individu yang dikecualikan daripada melakukan tawaf wada' ialah jemaah wanita berhadas besar iaitu haid dan jemaah uzur atau sakit selaras kelonggaran ditetapkan syarak, namun, bagi yang tiada halangan syarie dan tetap meninggalkan tawaf wada', mereka wajib membayar dam tertib dan taqdir.
Menurut Shahrin, tawaf wada' perlu dilaksanakan dalam tempoh lapan jam sebelum bergerak keluar dari Mekah bagi memastikan ia dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Selain itu, Shahrin berkata, pasukan Bimbingan Haji TH turut mengadakan taklimat dan sesi ulang kaji khas bagi membantu para jemaah memahami dan melaksanakan tawaf wada' dengan sempurna.
Beliau berkata, tawaf wada' boleh dilakukan tanpa memakai pakaian ihram dengan jemaah lelaki boleh melaksanakannya dengan berpakaian biasa.
"Cukup dengan melaksanakan tujuh pusingan mengelilingi Kaabah dengan niat tawaf wada'. Ini merupakan ibadah penutup yang melambangkan perpisahan dengan Baitullah dan menjadi amalan terakhir sebelum jemaah berangkat pulang ke tanah air," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#tawaf Wada
#tawaf selamat tinggal
#Tabung Haji
#musim haji 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan