[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

[TERKINI] Hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu hingga esok - MetMalaysia

Bernama 28/11/2025 | 11:14 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu yang dijangka berlaku hingga esok. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu yang dijangka berlaku hingga esok.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan Terengganu dan Pahang hingga esok.
  • Kawasan lain di Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk, manakala amaran waspada dikeluarkan bagi kawasan Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
  • Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini; pertanyaan boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638.


Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan hari ini berkata beberapa daerah lain di negeri itu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu, selain kawasan Jerantut dan Kuantan di Pahang dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan) serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Amaran sama juga dikeluarkan di Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dengan melayari laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638.

-- BERNAMA


#MetMalaysia #hujan berterusan #tahap bahaya #banjir terengganu