awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM77,000

Faida Rahim
Faida Rahim
22/01/2026
01:45 MYT
[TERKINI] Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM77,000
Salwani ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, pada tahun 2024 dan tahun lalu.
Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, membuat pengakuan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
"Faham, saya mengaku tidak bersalah," katanya.
Salwani hadir ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda kerana kesakitan di paha selepas mengalami bisul kronik.
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, wanita itu didakwa, sebagai pengawal Syarikat Wany Venture, telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram iaitu masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat tersebut di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 Nov 2024 hingga 25 Nov 2025.
Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama, boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mahadi Abdul Jumaat, Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Maziah Mohaide.
Wan Shaharuddin mencadangkan jaminan antara RM30,000 hingga RM50,000 dengan dua orang penjamin atas alasan tertuduh terbabit dalam kes amat serius dan perlu diberikan jumlah jaminan bersesuaian dengan kesalahan.
"Jumlah yang ditawarkan tidak bersifat menekan, selain memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasport antarabangsa tertuduh juga perlu diserahkan kepada Mahkamah atas alasan terdapat kebarangkalian tertuduh melarikan diri," katanya.
Sementara itu, peguam Salwani, Fahmi Abd Moin memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kepada RM20,000 kerana nilai antara RM30,000 hingga RM50,000 yang mana ia disifatkan terlalu tinggi bagi anak guamnya.
Tambah Fahmi, tiada sebarang indikasi daripada Timbalan Pendakwa Raya yang menunjukkan anak guamnya berisiko melarikan diri.
Hakim kemudiannya menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin.
Beliau turut membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 9, Kuala Lumpur dan tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen ditetapkan pada 30 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#pengubahan wang haram
#bekas PTD
#Rasuah
#Salwani Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan