Skip to main content
Advertisement

Malaysia

[TERKINI] Jenazah Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke rumah di Seri Kembangan

Sumber: Astro AWANI
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa pulang ke kediamannya dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 10.48 pagi ini.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa pulang ke kediamannya dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini pada jam 10.48 pagi ini.

Anak Allahyarham, Tan Sri Mokhzani Mahathir mengesahkan perkara itu.

Astro AWANI difahamkan, jenazah Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman pasangan itu di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Setakat ini, IJN memaklumkan pusat perubatan itu tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah.

Must Watch Video

Advertisement