Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Jerebu: Semua sekolah di Selangor dibuka esok, tiada aktiviti luar bilik darjah - JPN Selangor

Setakat 3 petang Ahad, lima stesen bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat antara 153 hingga 159. - Foto Bernama
Setakat 3 petang Ahad, lima stesen bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat antara 153 hingga 159. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua institusi pendidikan di bawah JPN Selangor beroperasi seperti biasa pada 19 Oktober, Isnin.
  • Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan dan murid digalakkan memakai pelitup muka ketika hadir ke sekolah.
  • Bacaan IPU tidak sihat direkodkan di beberapa kawasan, manakala ibu bapa boleh tidak menghantar anak ke sekolah dengan makluman kepada pihak sekolah.

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) beroperasi seperti biasa pada 19 Oktober, Isnin.  

Walaubagaimanapun, jabatan itu menegaskan semua aktiviti luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan.

Dalam kenyataan pada Ahad, JPN Selangor menggariskan, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi," kata kenyataan itu.

Setakat 3 petang, Sistem Pengurusan IPU (APIMS) menunjukkan tahap bacaan tidak sihat di Johan Setia (159), Shah Alam (157), Klang (155), Petaling (154), Banting (153).

Manakala bacaan IPU sederhana hanya direkodkan di Kuala Selangor (75). 

Must Watch Video

Advertisement